MINGGU PENDIDIKAN KHAS
PPKI SMK BULOH KASAP, SEGAMAT
7 MEI 2015 (KHAMIS)
Anjuran
PPKI SMK BULOH KASAP, SEGAMAT, JOHOR
PENGENALAN
Dalam usaha untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia untuk melahirkan insan istimewa yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif. Bagi mencapai matlamat tersebut, selain dari aktiviti kurikulum dan ko kurikulum, aktiviti "Minggu Pendidikan Khas" dapat membantu perkembangan murid-murid pendidikan khas disamping memberi pendedahan kepada masyarakat sekitar tentang kewujudan mereka.
MATLAMAT
Program Minggu Pendidikan Khas ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada seluruh masyarakat SMK Buloh Kasap tentang aktiviti PPKI SMKBK dan seterusnya ke arah memperkasa PPKI SMKBK.
OBJEKTIF
- Memberi pendedahan umum mengenai program Pendidikan Khas dan juga murid-murid Pendidikan Khas.
- Merapatkan hubungan integrasi dalam kalangan pelajar Pendidikan Khas.
- Mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan ibu bapa, guru dan warga sekolah umumnya.
- Menjalin hubungan kolaborasi dengan agensi luar untukmanfaat warga Pendidikan Khas.
- Mencungkil bakat dan kebolehan dalam kalangan pelajar Pendidikan Khas.
MAJLIS PERASMIAN TAMAN AQUAFLORA
LAWATAN SEMUA TETAMU VIP DAN PARA GURU KE BILIK PAMERAN KRAFTANGAN
JAMUAN RINGAN
PERASMIAN KELAS KEMAHIRAN MASAKAN & JAHITAN DENGAN KERJASAMA KEMAS DAERAH SEGAMAT